#Fast. Easy. JobLer
Tentang JobLer
Platform kami menghubungkan anda dengan penyedia perkhidmatan yang terlatih, disahkan dan dipercayai, bagi memastikan setiap tugasan diselesaikan secara profesional, cekap dan selamat.
Kami percaya setiap orang berhak mendapat bantuan untuk urusan harian mereka. Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti yang mudah diakses oleh semua, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Kategori yang Ditawarkan
Pembersihan Rumah
Pastikan rumah anda sentiasa bersih, selesa dan terjaga dengan perkhidmatan profesional daripada JobLer. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pembersihan untuk memenuhi keperluan anda, menjadikan proses tempahan lebih mudah, cepat dan menyenangkan.
Pembaikan Rumah & Paip
JobLer menyediakan pelbagai perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan rumah oleh penyedia perkhidmatan yang berpengalaman. Daripada kerja pertukangan, pembaikan paip dan elektrik hinggalah pemasangan perabot, pembaikan peralatan elektrik, pengecatan serta perkhidmatan tukang kunci, kami sedia membantu memastikan kediaman anda sentiasa selamat dan terurus.
Kecantikan & Penjagaan Diri
Nikmati pelbagai perkhidmatan kecantikan dan penjagaan diri daripada penyedia perkhidmatan profesional. JobLer menawarkan perkhidmatan dandanan rambut, penjagaan kuku, solekan, urutan dan terapi badan, rawatan wajah, penyingkiran bulu serta penjagaan diri untuk membantu anda tampil lebih yakin dan bergaya.
DAFTAR SEKARANG!
Sedang mencari cara yang fleksibel untuk menambah pendapatan atau menjadikan kemahiran anda sebagai kerjaya yang lebih bermakna?
Sertai JobLer dan jadilah sebahagian daripada platform perkhidmatan atas permintaan (on-demand) yang semakin berkembang di Malaysia. Sama ada anda berpengalaman dalam perkhidmatan pembersihan, pembaikan rumah (handyman), dandanan haiwan peliharaan, atau pelbagai perkhidmatan lain, JobLer memberi anda peluang untuk berhubung dengan pelanggan dan menjana pendapatan melalui kemahiran yang anda miliki.
#jomgrowtogether
Testimoni Pelanggan
Platform Digital JobLer

Laman Web Rasmi
Mengenai Syarikat Kami

Platform Marketplace
Terokai Perkhidmatan Kami & Buat Tempahan